PRODUCT REVIEW: URB LIFE Hand Care Treatment

Kalau dinamakan wanita, semestinya kita menjaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki kan? Takkan muka je cantik.. tapi tangan berkedut2, kering & nampak tua sebelum usia.

Keanjalan kulit sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor & salah satu faktor adalah keseimbangan air dalam badan & kulit. Ini bermakna, jika badan kita kekurangan air, kulit kita akan mudah menjadi kering, pecah & berkedut. Ini menyebabkan kulit kita akan nampak lebih tua dari yang sepatutnya.

Minum air suam adalah salah satu cara untuk mengimbangkan kadar air dalam badan. Tapi.. kalau terlalu kerap minum air, asyik nak terkucil juga! Susah juga yang ni. Hehe. Jika anda kerap berada di kawasan yang kering, seperti di pantai, kawasan beriklim sejuk & terdedah kepada terik matahari, adalah amat disarankan untuk menggunakan pelembab sebagai salah satu agen kawalan air dalam badan.

Bagaimana Pelembab Ini Berfungsi?

Pelembab, seperti namanya berfungsi untuk melembabkan kulit. Secara umumnya pelembab mempunyai 3 jenis major ingredients:

  • Humectants
  • Occlusive Agents
  • Emollients

Setiap satu jenis ingredient ini mempunyai mekanisma melembab yang berbeza2.

Lapisan kulit manusia

Humectants
Humectants termasuk ramuan seperti glycerin, dan pyrrolidone carboxylic acid (PCA). Humectants berfungsi dengan “menarik” air dari lapisan bawah dermis & membantu mengekalkan paras air di lapisan stratum corneum. Glycerin ni selalu diguna dalam industri kosmetik sebab harga yang murah & sangat efisyen tetapi mempunyai kesan sedikit berminyak jika berlebihan.

Occlusive Agents
Occlusive agents meningkatkan paras kelembapan dengan menghasilkan lapisan nipis di atas lapisan kulit. Ramuan dengan occlusive agents ni seperti petrolatum, wax, minyak & silikon. Sesetengah occlusive agents seperti petrolatum boleh menyebabkan rasa berat & sticky pada kulit. Jadi, kebanyakan industri kosmetik akan mencampurkan dengan bahan lain seperti emollients, untuk menangani masalah ini.

Emollient
Emollient lebih ekslusif kerana disamping menjadi pelembab, bahan ini boleh meningkatkan tekstur kulit seperti melicinkan kulit yang kasar. Terdapat banyak jenis emollient di pasaran, bergantung kepada formula kimia yang digunakan. Emollients secara umumnya dikelaskan mengikut keupayaan untuk diratakan pada kulit.

Beza sesuatu pelembab dengan pelembab yang lain ialah kadang kala, pelembab boleh menyebabkan kulit berminyak. Ini adalah kerana sesetengah pelembab menggunakan minyak sebagai salah satu daripada ramuan bahan pelembab tersebut. Ada juga sesetengah pelembab mempunyai “added value” seperti mengandungi sesetengah vitamin seperti Vitamin B12, untuk kesihatan kulit yang lebih optimum.


URB LIFE Hand Care Treatment by MEIKO Japan

URB LIFE Hand Care Treatment ini khas dicipta oleh MEIKO Japan untuk membantu mengurangkan masalah kulit kering. Keistimewaan URB LIFE Hand Care Treatment ini ialah disamping berfungsi untuk melembab, ia juga mampu untuk merawat masalah kulit kering & meningkatkan tekstur kulit supaya lebih sihat.

URB LIFE Hand Care Treatment ini adalah gabungan daripada ketiga2 jenis ramuan diatas (humectants, occlusive agents, emollient) dan juga ramuan dari sumber tumbuhan semulajadi. Gabungan ramuan ini menyebabkan URB LIFE Hand Care Treatment antara yang terbaik di antara jenis pelembab yang ada di pasaran.

Special ingredients URB LIFE Hand Care Treatment by MEIKO Japan

  • Red vitamin “vitamin B12
  • Hyaluronic acid Na
  • Pearl PPT extract (hydrolysis conchiolin)
  • Blended carefully selected nine of herbal extracts – Arnica flower extract, linden extract, chamomile flower extract, calendula flower extract, yarrow extract, St. John’s wort flower / leaf / stem extract, sage leaf extract, mallow flower extract, horsetail extract    

Red vitamin “vitamin B12
Vitamin B12 yang dikenali sebagai Red Vitamin kerana fizikalnya yang berwarna merah. Oleh itu tidak hairanlah URB LIFE Hand Care Treatment berwarna sedikit pink. Antara kebaikan Vitamin B12 pada kulit adalah:

  • Mengelakkan Kulit Kusam
  • Membantu menyembuhkan eczema
  • Mengelakkan kulit kering
  • Menyihatkan kulit
  • Mengelakkan vitiligo (irregular patches on skin)
  • Kulit lebih muda

Hyaluronic acid Na
Hyaluronic acid boleh membantu untuk mengelakkan kehilangan air pada kulit. Jadi ia menjadikan kulit anda lebih lembab & lembut.

Pearl PPT extract (hydrolysis conchiolin)
Ekstrak mutiara ini memang diambil tulen dari mutiara asli. Jadi URB LIFE Hand Care Treatment boleh melembabkan kulit anda dengan pelbagai jenis asid amino & skin peptides.


Blended carefully selected nine of herbal extracts – Arnica flower extract, linden extract, chamomile flower extract, calendula flower extract, yarrow extract, St. John’s wort flower / leaf / stem extract, sage leaf extract, mallow flower extract, horsetail extract  
Gabungan 9 jenis ramuan herba ini membantu melembab, merawat & menyihatkan kulit anda secara lebih berkesan!

URB LIFE Hand Care Treatment by MEIKO Japan
 Berat: 50g

100% ORIGINAL FROM JAPAN 
Untuk order, atau sebarang pertanyaan, boleh PM/SMS/WA
0133986129

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *