[PRODUCT REVIEW] Penting ke guna span foundation ni?

Ramai antara kita mengabaikan dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan penggunaan span/berus semasa memakai foundation. Pelbagai faktor yg menyumbang kepada situasi ini; seperti nk cepat siap, ada yang nk jimat (xnak beli) & ada juga yang xkisah guna atau tidak span/berus foundation. Tetapi tahukah anda, penggunaan span/berus sangat besar impaknya kepada hasil dan kualiti make up anda & juga memberi kesan kepada jangka hayat foundation itu sendiri.

Jadi, di sini saya ingin jelaskan lebih mendalam mengenai kesan penggunaan span berbanding menggunakan jari.

Sumber: Google

Kualiti make up
Kebiasaanya, penggunaan foundation menggunakan jari tidak memberi impak yang sempurna jika dibandingkan dengan menggunakan span. Ini adalah kerana, kawasan sentuhan antara jari & kulit muka (semasa menggunakan foundation) adalah sedikit dan tekanan yang anda gunakan di jari juga mungkin berbeza dari kawasan kawasan tertentu di muka anda. Ini secara tidak lansung boleh menyebabkan anda memakai terlalu banyak foundation di kawasan2 tertentu & menjadikan foundation anda bercapuk & “cakey”.

Perbezaan menggunakan foundation dgn jari & span

Terdapat juga ruang2 di muka anda yang tidak dapat di”cover” sepenuhnya jika anda menggunakan jari. Ini menyebabkan make up anda tidak rata & nampak bercapuk. Sebaliknya, jika anda menggunakan span sapuan foundation akan jadi lebih rata & xbercapuk. Jadi make up anda akan nampak lebih natural & flawless!

Kebersihan
Dari aspek kebersihan, penggunaan jari dilihat boleh menyebabkan jangkitan bakteria yang mungkin terdapat di jari anda ke muka (semasa menyapu foundation). Perlu diingat, jari kita bukan 100% bersih, jadi jika terdapat jangkitan bakteria di muka anda, jangan salahkan foundation pula jika anda dapat jerawat ya! 😛

Sumber: Google

Penggunaan span sebagai medium untuk menggunakan foundation dilihat lebih “hygiene” kerana span foundation boleh dicuci secara berkala & boleh di cuci dengan cecair anti-bakteria. Jadi tak perlu bimbang kalau berlaku jangkitan jika anda menggunakan span dengan syarat anda cuci span foundation secara berkala!

Jangka hayat foundation
Secara umumnya, satu foundation keluaran MEIKO Jepun boleh digunakan selama 3 tahun selepas dibuka. Akan tetapi, jika berlaku jangkitan pada foundation tersebut, kemungkinan jangka hayat foundation itu akan lebih pendek.

Ini mungkin berlaku jika anda selalu menyentuh foundation dengan menggunakan jari. Seperti yg dikatakan tadi, jari kita tidak 100% bersih. Jika selalu menyentuh foundation dengan jari, kemungkinan berlaku jangkitan kepada foundation tersebut.

Untuk mengetahui foundation anda sudah tidak boleh digunakan, akan terdapat perubahan tekstur, warna, & bau. Jika anda dapati foundation ada mempunyai ciri2 ini, berhenti menggunakan foundation serta-merta.

Masalah ini boleh di atasi jika anda menggunakan span. Span yang dicuci secara berkala boleh mengelakkan jangkitan pada foundation & mampu membuatkan foundation tahan lebih lama. 


Span foundation dari MEIKO
Memandangkan kepentingan penggunaan span foundation ini diambil berat, MEIKO telah menghasilkan koleksi span nya. Span foundation mempunyai 2 variaty – Oval & rectangular shape sponge.

Span segi 4 dari MEIKO Japan

Span berbentuk Oval dari MEIKO Japan

Kedua2 span ini sama jenis, material cuma bentuk sahaja berbeza. Diperbuat daripada latex yang berkualiti tinggi, span foundation MEIKO ini boleh dicuci, & digunakan sehingga lebih dari 1 tahun! Ini bermakna span ini tidak mudah koyak, tidak seperti span2 lain di pasaran.

Jadi, mungkin anda perlu consider untuk menggunakan span pula utk apply foundation selepas ini, kan? 🙂


To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *