[Fakta atau Auta?] Naturactor Cover Face menyumbat pori-pori?

Beberapa hari lalu ada seorang pelanggan  whatsapp saya, dia kata nak beli foundation. Tapi dia ragu-ragu sebab katanya, ada Make Up Artist (MUA) yang agak terkenal memberitahu dia yang Naturactor ini menyumbat pori-pori! Jadi dia mahu kan kepastikan samada betul kah Naturactor Cover Face ini menyumbat pori-pori atau tidak.

Apa kata anda? Adakah anda yakin Naturactor Cover Face menyumbat pori-pori? Apa asasnya kenyataan sebegitu?

Biar saya jawab persoalan ini dengan 5 soalan di bawah:
Pertama, bagaimana anda boleh menyimpulkan bahawa sesuatu foundation itu menyumbat pori-pori?
Kedua, adakah anda tahu apa ramuan yang menyebabkan pori-pori tersumbat?
Ketiga, adakah anda tahu apa itu komedogenik (comedogenic) & bukan komedogenik (non-comedogenic)?
Keempat, adakah anda tahu apakah ramuan komedogenik (comedogenic) & bukan komedogenik (non-comedogenic)?
Kelima, adakah anda tahu ramuan kandungan Naturactor bagi mengatakan ianya menyumbat pori-pori?

Untuk menjawab soalan2 ini, saya jelaskan dulu kepentingan untuk memastikan make up anda tidak menyumbat pori2.

Mengapa Penting untuk Memastikan Kosmetik Anda Tidak Menyumbat Pori2?
Jika kosmetik/foundation anda tergolong dalam kategori yang menyumbat pori2, ianya boleh menyebabkan blackheads, whiteheads, jerawat dan sebagainya. Ini kerana kulit anda tidak dapat bernafas sebab kosmetik/foundation tersebut telah tersumbat ke dalam pori2 tersebut. Kebiasaanya, pencuci muka biasa TIDAK dapat membersihkan wajah anda dengan sempurna (sebab pori-pori dah tersumbat). Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berminyak ianya akan memberi kesan lebih teruk seperti jangkitan pada kulit dan sebagainya.

Bagaimana Nak Tahu Kosmetik/Foundation Adalah Jenis yang Sumbat Pori-pori Atau Tidak?
Secara asasnya, ramuan kosmetik terbahagi kepada 2 – comedogenic (sumbat pori-pori) & non-comedogenic (tak sumbat pori-pori). Jadi jika anda mahukan foundation yang tak sumbat pori2, anda perlu mencari foundation yang jenis non-comedogenic.

 


Apa itu comedogenic & non-comedogenic dan bahan-bahannya?
Seperti yang dinyatakan di atas, comedogenic adalah bahan yang boleh menyumbat pori-pori & menyebabkan iritasi. Comedogenic kebiasaanya adalah oil-based tetapi tidak semua oil-based (& wax) adalah jenis comedogenic. Tetapi harus diingatkan, tidak semua kulit mengalami iritasi jika menggunakan ramuan comedogenic tetapi jika anda mempunyai kulit sensitif atau kulit yang mudah berjerawat, ianya penting untuk di ambil kira.

Non-comedogenic adalah bahan yang tidak menyumbat pori-pori & tidak menyebabkan iritasi. Non-comedogenic kebiasaanya adalah water-based.

Kebiasaanya, ramuan dikelaskan 0 – 5.
0 adalah non-comedogenic
5 adalah sgt comedogenic

Senarai ramuan comedogenic adalah seperti berikut:

 

Dari senarai ini, kita boleh tahu ramuan mana yang sangat menyumbat pori-pori (rate 5), ramuan yang mana jika boleh wajar dielakkan (rate 3,4). Rate 0,1,2 adalah utk ramuan yang tidak menyumbat pori-pori atau non-comedogenic. Jadi, ramuan selain dari yang disenaraikan ini kebiasaanya non-comedogenic .

Apakah ramuan Naturactor Cover Face (original) dari Jepun? Adakah ada ramuannya yang tergolong dalam comedogenic ingredients seperti yang disenaraikan?

Kandungan asas Naturactor Cover Face Jepun adalah seperti berikut:

Titanium oxide – non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Isocetyl myristate – non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Mica non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Polymethyl methacrylate non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Diisostearyl malate non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Iron oxide non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Polyglyceryl oleate -2 – non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Carnauba wax non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Candelilla wax non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Hydroxide Al non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Jojoba seed oil non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Tocopherol non-comedogenic (tidak sumbat pori2)

Kesimpulan : Adakah Naturactor Cover Face menutup pori-pori & tidak boleh digunakan seharian?
Dari senarai ramuann Naturactor di atas, semua kandungan asas Naturactor tidak mengandungi lansung comedogenic ingredients seperti yang disenaraikan. Jadi, boleh disimpulkan bahawa Naturactor Cover Face Japan adalah non-comedogenic, tidak menyumbat pori-pori & water-based. So, ianya amat sesuai utk kegunaan harian & bukan water-proof (sebab water based, kan?). Jadi ianya boleh dibawa solat.


Bonus: Adakah ianya HALAL?
Yes, of course! Daripada senarai di atas, tiada gelatin haiwan atau ramuan dari sumber haiwan. Semuanya adalah plant based/sintetik. In fact, Naturactor Cover Face tidak menggunakan ujian ke atas binatang pun!

 

Berminat untuk dapatkan Naturactor Cover Face original Jepun?  Order di lawan web kami sekarang!

 

Sumber:
1. The Ingredients Guide – Comedogenic, Irritating Ingredients To Watch For
2. Comedogenic Oils & pore clogging ingredients That Cause Acne
3. Pore Clogging Ingredients

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *