MAKE UP REVIEW: Naturactor Summer Cake

After few days mencari2 produk yang bagus utk direview (semua produk MEIKO pun mmg bagus, cuma nk pilih tu pening kepala,haha!), so I came out with this product – Naturactor Summer Cake – memandangkan ramai yang bertanya kepada saya & confuse product ni dengan Naturactor Pressed Powder.

Apa itu Naturactor Summer Cake?
Naturactor Summer Cake adalah sejenis foundation yang berbentuk seperti compact powder. Ianya bukan compact powder walaupun ada sesetengah orang menggunakan sebagai compact powder.

Siapakah yang sesuai menggunakan Naturactor Summer Cake?
Naturactor Summer Cake, as the name suggests, ia nya digunakan semasa summer di Jepun. Ini kerana, pada musim panas (summer) kulit orang2 Jepun lebih mudah berpeluh . Jadi untuk iklim seperti di Malaysia yang sentiasa panas sepanjang tahun, Naturactor Summer Cake lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang mudah berpeluh atau yang mempunyai kulit berminyak.

Bagaimana untuk menggunakan Naturactor Summer Cake dengan betul?
Naturactor Summer Cake WAJIB digunakan dengan menggunakan span yang basah atau span khas untuk Naturactor Summer Cake. Jika anda menggunakan span selain dari span khas utk Naturactor Summer Cake, anda perlu menggunakan span jenis foundation (latex span), bukan span seperti span compact powder.

Amat perlu menggunakan span yang dibasahkan, kerana jika anda menggunakan span kering Naturactor Summer Cake TIDAK akan melekat pada span anda. Jadi anda tidak akan dapat kesan seperti yang sepatutnya.

Span Summer Cake original from MEIKO Japan

Bolehkah Naturactor Summer Cake menggantikan bedak compact?
Naturactor Summer Cake fungsi asalnya adalah untuk foundation bagi yang mempunyai kulit yang cepat berpeluh/oily. Jadi ia tidak sesuai utk digunakan bagi menggantikan compact powder.

Apa perbezaan Naturactor Summer Cake dengan foundation MEIKO yang lain?
Naturactor Summer Cake adalah sangat recommended jika anda mencari foundation powder-based yang memang tahan utk kulit oily/cepat berpeluh. Tetapi jika anda mencari foundation yang tahan lama & coverage yang bagus, anda mungkin perlu mencuba Naturactor/MCCT.

Testimoni customer yang guna Naturactor Summer Cake

Berapa lama 1 bekas Naturactor Summer Cake boleh bertahan?

Jika anda menggunakan Naturactor Summer Cake setiap hari, 1 bekas boleh bertahan sehingga 5-6 bulan. Akan tetapi jika anda jarang menggunakan Summer Cake ini, ianya boleh bertahan sehinggal 1-2 tahun! Jimat kan? 🙂

Berapa berat Naturactor Summer Cake? 
Berat Summer Cake 16g.

Adakah Naturactor Summer Cake Halal?
Ye, Summer Cake Halal & boleh dibawa solat.

Berapa tone yang available untuk Naturactor Summer Cake?
Ada 5 tone yang available seperti berikut:

Tone utk Naturactor Summer Cake

#630 – Tone paling cerah , sesuai utk tone seperti Emma Maembong
#642 – Tone kedua cerah, sesuai utk tone seperti Nelyda Senrose
#643 – Tone melayu cerah, sesuai utk tone seperti Nora Danish
#650 – Tone sawo mtg/medium/natural, sesuai utk tone seperti Fasha Sandha
#670 – Concealer, utk tutup cela seperti jerawat/jeragat

Berminat utk order Naturactor Summer Cake atau any MEIKO Product ORIGINAL FROM JAPAN?
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

[TIPS] Bagaimana Untuk Membersihkan Peralatan Make Up Anda?

Selepas beberapa ketika blog ini “sunyi” tanpa update (sebenarnya mencari idea untuk update) so saya dapat idea utk update tips ni.

Bila kita katakan mengenai pembersihan alatan make up, saya pasti ramai antara kita mungkin memandang ringan perkara ini. Percayalah, memang SANGAT penting untuk membersihkan alatan make up anda frequently. Alatan make up yang kurang bersih menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit anda — penyebab masalah jerawat dan sebagainya!

Percaya atau tidak, walaupun kita dalam era serba canggih, masih BELUM ada alatan khas yang dicipta utk membersihkan alatan make up dengan mudah. Anda masih perlu melakukannya secara MANUAL. Sedih kan? 🙁 Tapi takpe, saya akan share beberapa tips untuk membersihkan alatan make up anda dengan MUDAH!


SPAN MAKE UP
1. Basah. Basahkan span make up anda dengan air suam.
2. Basuh. Gunakan beberapa titik baby shampoo & basuh span make up anda. Pastikan kesan2 foundation tertanggal dengan bersih.
3. Bilas. Bilas sehingga bersih.
4. Kering. Keringkan span tersebut dengan menggunakan tuala bersih. Jika anda mahu, boleh biarkan sehingga kering.
5. Ulang. Span make up hendaklah dibersihkan sekurang2nya sekali dalam masa 2 minggu atau apabila ia kelihatan tidak bersih. Pembersihan secara berkala boleh menjamin kebersihan span.

BERUS MAKE UP
1. Basah. Bersihkan berus dengan air mengalir ke bawah kerana jika tidak, ia boleh merosakkan berus anda.
2. Bersih. Bersihkan berus dengan menggunakan baby shampoo. Bilas & ulang sehingga berus betul2 bersih.
3. Menyahkuman. Bila berus anda telah bersih, sekarang anda boleh menyahkuman. Campurkan 2 bahagian air & 1 bahagian cuka ke dalam bekas. Rendamkan berus ke dalam bekas dalam 1-2 minit. Bilas dengan air  bersih.
4. Kering. Keringkan dengan tuala bersih & biarkan semalaman untuk kering. Pastikan berus lay flat atas tuala.
5. Ulang. Berus make up hendaklah dibersihkan sekurang2nya sekali seminggu. Pembersihkan secara berkala boleh menjaga kebersihan span.

BERUS RAMBUT
1. Persediaan. Buang sisa rambut yang ada melekat pada berus rambut anda. Gunakan sikat rambut atau pencungkil gigi jika perlu.
2. Rendam. Rendamkan ke dalam bekas yang berisi air & campur beberapa titik baby shampoo. Jika berus rambut anda dari plastik boleh rendam sepenuhnya, jika mengandungi fabrik, rendam bahagian berus sahaja.
3. Scrub. Untuk pembersihan yang lebih baik, gunakan berus gigi yang lama (tak guna lagi) kemudian gosokkan pada bahagian berus. Ulang sehingga bersih.
4. Kering. Kering & letakkan atas tuala bersih. Pastikan bahagian berus mengadap tuala untuk memastikan air jatuh ke atas tuala. Biarkan semalaman.
5. Ulang. Berus rambut hendaklan dicuci sekurang2nya sekali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan berus.

ALATAN BESI (METAL TOOLS)
1. Basuh. Untuk alatan besi, basuh dengan air bersih & sabun antibakteria.
2. Bersih. Bersihkan menggunakan alkohol . Jika alatan tersebut akan digunakan pada muka anda, boleh bersihkan dengan air bersih. Jika tidak, tidak perlu.
3. Ulang.  Alatan besi hendaklan dicuci sekurang2nya 2 kali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan alatan besi.

Berminat utk order any MEIKO Product ORIGINAL FROM JAPAN?
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

Sumber asal: Makeup.com

[PRODUCT REVIEW] Penting ke guna span foundation ni?

Ramai antara kita mengabaikan dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan penggunaan span/berus semasa memakai foundation. Pelbagai faktor yg menyumbang kepada situasi ini; seperti nk cepat siap, ada yang nk jimat (xnak beli) & ada juga yang xkisah guna atau tidak span/berus foundation. Tetapi tahukah anda, penggunaan span/berus sangat besar impaknya kepada hasil dan kualiti make up anda & juga memberi kesan kepada jangka hayat foundation itu sendiri.

Jadi, di sini saya ingin jelaskan lebih mendalam mengenai kesan penggunaan span berbanding menggunakan jari.

Sumber: Google

Kualiti make up
Kebiasaanya, penggunaan foundation menggunakan jari tidak memberi impak yang sempurna jika dibandingkan dengan menggunakan span. Ini adalah kerana, kawasan sentuhan antara jari & kulit muka (semasa menggunakan foundation) adalah sedikit dan tekanan yang anda gunakan di jari juga mungkin berbeza dari kawasan kawasan tertentu di muka anda. Ini secara tidak lansung boleh menyebabkan anda memakai terlalu banyak foundation di kawasan2 tertentu & menjadikan foundation anda bercapuk & “cakey”.

Perbezaan menggunakan foundation dgn jari & span

Terdapat juga ruang2 di muka anda yang tidak dapat di”cover” sepenuhnya jika anda menggunakan jari. Ini menyebabkan make up anda tidak rata & nampak bercapuk. Sebaliknya, jika anda menggunakan span sapuan foundation akan jadi lebih rata & xbercapuk. Jadi make up anda akan nampak lebih natural & flawless!

Kebersihan
Dari aspek kebersihan, penggunaan jari dilihat boleh menyebabkan jangkitan bakteria yang mungkin terdapat di jari anda ke muka (semasa menyapu foundation). Perlu diingat, jari kita bukan 100% bersih, jadi jika terdapat jangkitan bakteria di muka anda, jangan salahkan foundation pula jika anda dapat jerawat ya! 😛

Sumber: Google

Penggunaan span sebagai medium untuk menggunakan foundation dilihat lebih “hygiene” kerana span foundation boleh dicuci secara berkala & boleh di cuci dengan cecair anti-bakteria. Jadi tak perlu bimbang kalau berlaku jangkitan jika anda menggunakan span dengan syarat anda cuci span foundation secara berkala!

Jangka hayat foundation
Secara umumnya, satu foundation keluaran MEIKO Jepun boleh digunakan selama 3 tahun selepas dibuka. Akan tetapi, jika berlaku jangkitan pada foundation tersebut, kemungkinan jangka hayat foundation itu akan lebih pendek.

Ini mungkin berlaku jika anda selalu menyentuh foundation dengan menggunakan jari. Seperti yg dikatakan tadi, jari kita tidak 100% bersih. Jika selalu menyentuh foundation dengan jari, kemungkinan berlaku jangkitan kepada foundation tersebut.

Untuk mengetahui foundation anda sudah tidak boleh digunakan, akan terdapat perubahan tekstur, warna, & bau. Jika anda dapati foundation ada mempunyai ciri2 ini, berhenti menggunakan foundation serta-merta.

Masalah ini boleh di atasi jika anda menggunakan span. Span yang dicuci secara berkala boleh mengelakkan jangkitan pada foundation & mampu membuatkan foundation tahan lebih lama. 


Span foundation dari MEIKO
Memandangkan kepentingan penggunaan span foundation ini diambil berat, MEIKO telah menghasilkan koleksi span nya. Span foundation mempunyai 2 variaty – Oval & rectangular shape sponge.

Span segi 4 dari MEIKO Japan

Span berbentuk Oval dari MEIKO Japan

Kedua2 span ini sama jenis, material cuma bentuk sahaja berbeza. Diperbuat daripada latex yang berkualiti tinggi, span foundation MEIKO ini boleh dicuci, & digunakan sehingga lebih dari 1 tahun! Ini bermakna span ini tidak mudah koyak, tidak seperti span2 lain di pasaran.

Jadi, mungkin anda perlu consider untuk menggunakan span pula utk apply foundation selepas ini, kan? 🙂


To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics