RAYA PROMO BY ELEGANCE COSMETICS!

Salam all,

Sorry agak lambat sikit update Raya Promo kat blog ni. Jom grab our Raya Promo pada harga yang memang unbeatable ni!!

Selain dapat harga diskaun, anda juga akan dpt FREE gifts tauuuu!! Free gift:
~ FREE Span foundation
~ FREE Sample produk MEIKO
~ FREE Sampul raya ekslusif Elegance Cosmetics
~ FREE Katalog baru Elegance Cosmetics
** Yang best nya, jika anda bertuah, anda akan menerima SURPRISE DUIT RAYA dari Elegance Cosmetics!! Ada dalam sampul2 raya tu berisi duit raya bernilai RM1, RM5, RM10 & RM50!! So siapa laaa yang bertuah dapat RM50 tu yeeee ūüėÄ

RAYA PROMO
25 JUN – 5 JULY 2015
SMS/WA 0133986129

1) Naturactor Promo
1pc – RM39
3pcs – RM37/pc
6pcs – RM35/pc
*tak masuk pos
Product List
1) NR Summer Cake
2) NR Magical Lipstick
3) NR Pressed Powder
4) NR Make Up Base
5) NR Cover Face
6) NR Silky Lucent Powder
2) Octard Promo
1pc – RM49
3pcs – RM47/pc
6pcs – RM45/pc
*tak masuk pos
 Product List
1) OC Soft 2 Cake
2) OC Moisture 2 Foundation
3) OC Cover Foundation

3) MCCT Promo
1pc – RM63
3pcs – RM62/pc
6pcs – RM60/pc
*tak masuk pos

[Fakta atau Auta?] Naturactor Cover Face menyumbat pori-pori?

Beberapa hari lalu ada seorang pelanggan  whatsapp saya, dia kata nak beli foundation. Tapi dia ragu-ragu sebab katanya, ada Make Up Artist (MUA) yang agak terkenal memberitahu dia yang Naturactor ini menyumbat pori-pori! Jadi dia mahu kan kepastikan samada betul kah Naturactor Cover Face ini menyumbat pori-pori atau tidak.

Apa kata anda? Adakah anda yakin Naturactor Cover Face menyumbat pori-pori? Apa asasnya kenyataan sebegitu?

Biar saya jawab persoalan ini dengan 5 soalan di bawah:
Pertama, bagaimana anda boleh menyimpulkan bahawa sesuatu foundation itu menyumbat pori-pori?
Kedua, adakah anda tahu apa ramuan yang menyebabkan pori-pori tersumbat?
Ketiga, adakah anda tahu apa itu komedogenik (comedogenic) & bukan komedogenik (non-comedogenic)?
Keempat, adakah anda tahu apakah ramuan komedogenik (comedogenic) & bukan komedogenik (non-comedogenic)?
Kelima, adakah anda tahu ramuan kandungan Naturactor bagi mengatakan ianya menyumbat pori-pori?

Untuk menjawab soalan2 ini, saya jelaskan dulu kepentingan untuk memastikan make up anda tidak menyumbat pori2.

Mengapa Penting untuk Memastikan Kosmetik Anda Tidak Menyumbat Pori2?
Jika kosmetik/foundation anda tergolong dalam kategori yang menyumbat pori2, ianya boleh menyebabkan blackheads, whiteheads, jerawat dan sebagainya. Ini kerana kulit anda tidak dapat bernafas sebab kosmetik/foundation tersebut telah tersumbat ke dalam pori2 tersebut. Kebiasaanya, pencuci muka biasa TIDAK dapat membersihkan wajah anda dengan sempurna (sebab pori-pori dah tersumbat). Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berminyak ianya akan memberi kesan lebih teruk seperti jangkitan pada kulit dan sebagainya.

Bagaimana Nak Tahu Kosmetik/Foundation Adalah Jenis yang Sumbat Pori-pori Atau Tidak?
Secara asasnya, ramuan kosmetik terbahagi kepada 2 – comedogenic (sumbat pori-pori) & non-comedogenic (tak sumbat pori-pori). Jadi jika anda mahukan foundation yang tak sumbat pori2, anda perlu mencari foundation yang jenis non-comedogenic.

 


Apa itu comedogenic & non-comedogenic dan bahan-bahannya?
Seperti yang dinyatakan di atas, comedogenic adalah bahan yang boleh menyumbat pori-pori & menyebabkan iritasi. Comedogenic kebiasaanya adalah oil-based tetapi tidak semua oil-based (& wax) adalah jenis comedogenic. Tetapi harus diingatkan, tidak semua kulit mengalami iritasi jika menggunakan ramuan comedogenic tetapi jika anda mempunyai kulit sensitif atau kulit yang mudah berjerawat, ianya penting untuk di ambil kira.

Non-comedogenic adalah bahan yang tidak menyumbat pori-pori & tidak menyebabkan iritasi. Non-comedogenic kebiasaanya adalah water-based.

Kebiasaanya, ramuan dikelaskan 0 Р5.
0 adalah non-comedogenic
5 adalah sgt comedogenic

Senarai ramuan comedogenic adalah seperti berikut:

 

Dari senarai ini, kita boleh tahu ramuan mana yang sangat menyumbat pori-pori (rate 5), ramuan yang mana jika boleh wajar dielakkan (rate 3,4). Rate 0,1,2 adalah utk ramuan yang tidak menyumbat pori-pori atau non-comedogenic. Jadi, ramuan selain dari yang disenaraikan ini kebiasaanya non-comedogenic .

Apakah ramuan Naturactor Cover Face (original) dari Jepun? Adakah ada ramuannya yang tergolong dalam comedogenic ingredients seperti yang disenaraikan?

Kandungan asas Naturactor Cover Face Jepun adalah seperti berikut:

Titanium oxide – non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Isocetyl myristate Рnon-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Mica non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Polymethyl methacrylate non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Diisostearyl malate non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Iron oxide non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Polyglyceryl oleate -2 Рnon-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Carnauba wax non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Candelilla wax non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Hydroxide Al non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Jojoba seed oil non-comedogenic (tidak sumbat pori2)
Tocopherol non-comedogenic (tidak sumbat pori2)

Kesimpulan : Adakah Naturactor Cover Face menutup pori-pori & tidak boleh digunakan seharian?
Dari senarai ramuann Naturactor di atas, semua kandungan asas Naturactor tidak mengandungi lansung comedogenic ingredients seperti yang disenaraikan. Jadi, boleh disimpulkan bahawa Naturactor Cover Face Japan adalah non-comedogenic, tidak menyumbat pori-pori & water-based. So, ianya amat sesuai utk kegunaan harian & bukan water-proof (sebab water based, kan?). Jadi ianya boleh dibawa solat.


Bonus: Adakah ianya HALAL?
Yes, of course! Daripada senarai di atas, tiada gelatin haiwan atau ramuan dari sumber haiwan. Semuanya adalah plant based/sintetik. In fact, Naturactor Cover Face tidak menggunakan ujian ke atas binatang pun!

 

Berminat untuk dapatkan Naturactor Cover Face original Jepun?  Order di lawan web kami sekarang!

 

Sumber:
1. The Ingredients Guide ‚Äď Comedogenic, Irritating Ingredients To Watch For
2. Comedogenic Oils & pore clogging ingredients That Cause Acne
3. Pore Clogging Ingredients

MEIKO CNY PREORDER SALE!!

MEIKO CNY PREORDER SALE (26 JAN – 30 JAN 2015)

SILA BACA TERMS & CONDITIONS dengan teliti Ya. If xfaham Boleh tanya ‚ėļÔłŹ

TERMS & CONDITIONS
1. Ini adalah PREORDER SALE. Harga yang tertera adalah Harga SALE, iaitu lebih murah dari normal price kami & sudah tentu lebih murah berbanding kedai.
2. Harga yang dipaparkan TIDAK termasuk kos postage.
3. PREORDER SALE ini bermakna, anda membuat order & payment SEPANJANG sale. Barang anda akan dpt expected hujung Februari. Saya akan inform & update tracking number once Barang dah sampai & dipos.
4. Jika anda mahu Cepat, Boleh beli guna normal price kami.
5. Semua produk adalah 100% ORIGINAL JAPAN ATAU JAMINAN WANG ANDA DIKEMBALIKAN.

Untuk order, atau sebarang pertanyaan, boleh PM/SMS/WA
0133986129

Last but not least, HAPPY SHOPPING!!!

1. NR Make Up Base RM35
2. NR Cover Face RM35
3. NR Magical Lipstick RM35
4. NR Silky Lucent Powder RM35
5. NR Pressed Powder RM35
6. NR Summer Cake RM35
7. NR 3D Eyeliner RM35
8. NR Liquid Moisture Foundation RM35 (TIADA DLM GAMBAR)

1. NR Essence Lotion RM40
2. NR Moist Skin Lotion RM40
3. NR Facial Freshener RM40
4. NR Moist Milky Lotion RM40
5. NR Nourishing Pack RM40
6. NR Facial Foam RM40
7. NR Moist Skin Cream RM40
8. NR Night Cream RM40
9. NR Facial Clean RM40

1. OCTARD AC2 Foundation RM45
2. OCTARD Cover Foundation RM45
3. OCTARD Moisture 2 Foundation RM45
4. OCTARD Soft 2 Cake RM45

  
1. MC Cover & Treatment (MCCT) RM58
2. MC Face Powder RM48
3. MC BB Cream RM135
4. MC Lipstick (refill) RM50
 

1. HI CARE Skin Freshener RM29
2. HI CARE Skin Lotion RM29
3. HI CARE Milk Lotion RM29

1. OCTARD EX Milk RM69
2. OCTARD EX Lotion RM69
3. OCTARD EX Savon RM65
4. OCTARD EX Cream RM79
5. OCTARD EX Jelly RM85 (TIADA DALAM GAMBAR)

1. RR Face Mist RM60
2. RR Premium Plant Oil RM109
3. RR SET (Mist + Oil) with FREE GIFT RM165
4. RR Moist Rich Gel RM134

1. SZ Massage Gel RM79
2. SZ Cleansing Cream RM79
3. SZ Facial Cleanser RM79
4. SZ Treatment Clay Mask RM79
5. SZ Black Off Clear RM79
6. SZ Cleansing Oil RM79
7. SZ Conditioning Lotion RM79
8. SZ Moisture Up Emulsion RM79
9. SZ Moisture Up Essence RM79
10. SZ Repair Cream RM79
11. SZ Wrinkle Emulsion RM79

1. SZ WHITE Lotion-C RM79
2. SZ WHITE Milk-C RM79
3. SZ WHITE Base RM79
4. SZ WHITE Cream-C RM79
5. SZ WHITE Gel-GP RM129

1. VE C+ Lotion RM129
2. VE C+ Milk RM129
3. VE C+ Essence RM129
4. VE C+ Cream RM129

100% ORIGINAL FROM JAPAN 
Untuk order, atau sebarang pertanyaan, boleh PM/SMS/WA
0133986129

MAKE UP REVIEW: Naturactor Summer Cake

After few days mencari2 produk yang bagus utk direview (semua produk MEIKO pun mmg bagus, cuma nk pilih tu pening kepala,haha!), so I came out with this product – Naturactor Summer Cake – memandangkan ramai yang bertanya kepada saya & confuse product ni dengan Naturactor Pressed Powder.

Apa itu Naturactor Summer Cake?
Naturactor Summer Cake adalah sejenis foundation yang berbentuk seperti compact powder. Ianya bukan compact powder walaupun ada sesetengah orang menggunakan sebagai compact powder.

Siapakah yang sesuai menggunakan Naturactor Summer Cake?
Naturactor Summer Cake, as the name suggests, ia nya digunakan semasa summer di Jepun. Ini kerana, pada musim panas (summer) kulit orang2 Jepun lebih mudah berpeluh . Jadi untuk iklim seperti di Malaysia yang sentiasa panas sepanjang tahun, Naturactor Summer Cake lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang mudah berpeluh atau yang mempunyai kulit berminyak.

Bagaimana untuk menggunakan Naturactor Summer Cake dengan betul?
Naturactor Summer Cake WAJIB digunakan dengan menggunakan span yang basah atau span khas untuk Naturactor Summer Cake. Jika anda menggunakan span selain dari span khas utk Naturactor Summer Cake, anda perlu menggunakan span jenis foundation (latex span), bukan span seperti span compact powder.

Amat perlu menggunakan span yang dibasahkan, kerana jika anda menggunakan span kering Naturactor Summer Cake TIDAK akan melekat pada span anda. Jadi anda tidak akan dapat kesan seperti yang sepatutnya.

Span Summer Cake original from MEIKO Japan

Bolehkah Naturactor Summer Cake menggantikan bedak compact?
Naturactor Summer Cake fungsi asalnya adalah untuk foundation bagi yang mempunyai kulit yang cepat berpeluh/oily. Jadi ia tidak sesuai utk digunakan bagi menggantikan compact powder.

Apa perbezaan Naturactor Summer Cake dengan foundation MEIKO yang lain?
Naturactor Summer Cake adalah sangat recommended jika anda mencari foundation powder-based yang memang tahan utk kulit oily/cepat berpeluh. Tetapi jika anda mencari foundation yang tahan lama & coverage yang bagus, anda mungkin perlu mencuba Naturactor/MCCT.

Testimoni customer yang guna Naturactor Summer Cake

Berapa lama 1 bekas Naturactor Summer Cake boleh bertahan?

Jika anda menggunakan Naturactor Summer Cake setiap hari, 1 bekas boleh bertahan sehingga 5-6 bulan. Akan tetapi jika anda jarang menggunakan Summer Cake ini, ianya boleh bertahan sehinggal 1-2 tahun! Jimat kan? ūüôā

Berapa berat Naturactor Summer Cake? 
Berat Summer Cake 16g.

Adakah Naturactor Summer Cake Halal?
Ye, Summer Cake Halal & boleh dibawa solat.

Berapa tone yang available untuk Naturactor Summer Cake?
Ada 5 tone yang available seperti berikut:

Tone utk Naturactor Summer Cake

#630 – Tone paling cerah , sesuai utk tone seperti Emma Maembong
#642 – Tone kedua cerah, sesuai utk tone seperti Nelyda Senrose
#643 – Tone melayu cerah, sesuai utk tone seperti Nora Danish
#650 – Tone sawo mtg/medium/natural, sesuai utk tone seperti Fasha Sandha
#670 – Concealer, utk tutup cela seperti jerawat/jeragat

Berminat utk order Naturactor Summer Cake atau any MEIKO Product ORIGINAL FROM JAPAN?
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

Tips: Steps by Steps Bagaimana Menyapu Foundation secara Flawless Menggunakan Span?

Saya banyak juga terima soalan dari customer tentang teknik yang betul untuk apply foundation bagi nampak perfectly flawless & tahan lama.

Tapi tahukah anda, penggunaan jenis span juga mempengaruhi hasil make up anda? Banyak expert prefer guna brush sebenarnya, tp saya personally lagi suka guna span foundation ūüôā

Span foundation yang saya gunakan adalah from brand MEIKO Japan. Span ni bagi saya mmg worth dengan harga, sebab span ni boleh tahan guna setahun lebih tanpa koyak/rosak. Hasil guna foundation dengan span ni memang terbaik! Pemilihan span juga memang sgt penting, jika anda menggunakan span jenis lain, make sure anda gunakan span yang masih elok & xkoyak. Sebab span yang rosak akan menghasilkan foundation yang flacky & xrata.

Pelbagai jenis span foundation di pasaran, tapi span foundation yang berkualiti memberi hasil yang terbaik

Untuk mendapatkan foundation yang flawless, anda perlukan:

  • Foundation sponge – recommended guna MEIKO Foundation Sponge
  • Foundation – Naturactor Cover Face/ Octard/ MCCT atau any foundation yang anda guna
  • Loose Powder sebagai finishing powder – tak wajib tapi highly recommended

Cara penggunaan:

  • Cuci muka. Pastikan muka anda bersih dari sebarang kotoran
  • Jika anda menggunakan moisturizer, apply moisturizer dahulu
  • Basahkan span foundation. Sapu sedikit pada foundation & apply pada kawasan yang ada cela dahulu contohnya seperti eyebag (lingkaran gelap bawah mata), jerawat, jeragat. Concentrate pada kawasan ini dahulu
  • Apabila cela sudah cover, apply pada kawasan yang lain pula. Ratakan dengan nipis foundation tadi.
  • Sebagai finishing, boleh apply loose powder pada seluruh muka untuk dapatkan make up yang lebih gebu.


EXTRA: Apabila muka anda berpeluh, JANGAN sesekali lap muka anda dengan tisu! Sebaiknya cuma touch up dengan compact powder shj. Ini dapat memastikan make up anda tahan lebih lama ūüôā

Harap tips ringkas ini dapat membantu! Ini cara saya, anda pula bagaimana? ūüėČ

NATURACTOR SUMMER CAKE vs NATURACTOR PRESSED POWDER

Ramai sangat2 tanya saya apa beza Naturactor Summer Cake & Naturactor Pressed Powder ni? Ramai confuse sbb bentuk mcm nak sama, tp sebenarnya memang BERBEZA!

NATURACTOR SUMMER CAKE
Naturactor Summer Cake, seperti nama ianya sesuai dipakai pada waktu “Summer” atau Musim Panas. Tetapi memandangkan di Malaysia sepanjang tahun memang Musim Panas (& musim hujan hujung tahun ;p), so summer cake ni mmg sesuai dipakai sepanjang tahun di Malaysia.

1. Jenis kulit
Kebiasaannya, pada musim panas ramai orang mudah berpeluh. Ini membuatkan Naturactor Summer Cake sangat sesuai dipakai pada Musim Panas kerana ianya menyerap peluh dengan sangat efektif! Kalau di Malaysia, ianya sesuai dipakai oleh orang yang berkulit berminyak (oily skin) & juga bagi mereka yang sangat mudah berpeluh.

2. Fungsi
Walaupun dalam bentuk seakan bedak kompak (compact powder), tetapi jangan tersilap! Naturactor BUKAN sejenis bedak kompak tetapi adalah FOUNDATION. Oleh itu, Naturactor Summer Cake ini PERLU dipakai dengan span basah/lembab. Jangan pakai dengan span kering ya, confirm xjadi.

3. Cara penggunaan
Disebabkan Naturactor Summer Cake ini adalah FOUNDATION, jadi ia WAJIB dipakai dengan menggunakan SPAN BASAH atau SPAN KHAS bagi summer cake ni. Jika anda menggunakan span kering, Naturactor Summer Cake TIDAK akan melekat pada span kering, jadi anda tidak akan dapat hasil seperti yang diharapkan.

NATURACTOR PRESSED POWDER
Naturactor Pressed Powder — sama seperti nama — adalah powder yang di”pressed”kan atau bahasa mudahnya bedak kompak (compact powder).

1. Jenis kulit
Naturactor Pressed Powder sesuai digunakan utk semua jenis kulit – samada normal, kering, berminyak mahupun kombinasi. Akan tetapi, jika anda mahu menggunakan Pressed Powder sahaja, ianya lebih sesuai bagi mereka yang berkulit dry/normal. Jika anda mahu membuat as finishing touch atau touch up sahaja (pakai lepas foundation), semua jenis kulit sesuai pakai.

2. Fungsi
Seperti yang dinyatakan di atas, Naturactor Pressed Powder adalah bedak kompak. Ianya sesuai dipakai sebagai finishing powder (selepas guna foundation) ataupun sebagai touch up powder.

3. Cara penggunaan
Naturactor Pressed Powder boleh digunakan dengan span kering SAHAJA. Anda tidak perlu basahkan span utk menggunakan Pressed Powder ni. Nanti basah, susah pulak nk apply compact powder ni kan? -.-“

Perbezaan Naturactor Summer Cake dan Naturactor Pressed Powder. *Harga adalah sah semasa artikel ini ditulis, tidak termasuk pos.

To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage
Instagram: @elegancecosmetics

MAKE UP BASE: Satu Keperluan?

Saya sering kali diajuakan soalan ini, samada Make Up Base itu perlu dipakai atau tidak. Ada juga yang bertanya mengapa foundation yang dipakai tidak tahan lama seperti yang diharapkan.

Perlu diingat, tiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza jenis. Memang pada umumnya, kulit kita seakan sama kategori – samada berminyak, kering atau normal – tapi tiap dari kita mempunyai ciri yang berbeza. Ada orang kulitnya walaupun berminyak, tetapi tidak sensitif. Ada orang, walaupun sensitif, tetapi tidak berminyak.

Oleh itu, walaupun sesetengah foundation boleh dikatakan tahan sehingga 8 – 9 jam, tetapi bila anda guna tidak seperti yang diharapkan. Lebih mengecewakan bila anda baca kebanyakan testimoni menunjukkan kesan positif – tahan sehingga 8 jam! Ketahuilah bahawa, ada sesetengah dari kita – walaupun tidak semua mempunyai kulit yang memang sangat berminyak. Penghasilan minyak secara berlebihan ini secara tidak lansung boleh menghilangkan atau “melunturkan” make up/foundation anda. Jadi, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan MAKE UP BASE (PRIMER) sebelum anda menggunakan foundation.

Mengapa ya?

Di sini saya senaraikan 10 sebab mengapa anda perlu & digalakkan memakai Make Up Base (Primer):
1. Menyembunyikan pori2 terbuka
Walaupun anda tidak mempunyai pori2 yang besar, tetapi kebanyakan foundation jenis cecair/ BB Cream tidak mampu menutup pori2 anda dengan berkesan. Atau lebih teruk, ia membuatkan pori2 lebih kelihatan. Penggunaan Make Up Base dilihat mampu untuk menutup pori2 terbuka ini dengan berkesan.

2. Melembutkan kulit
Penggunaan Make Up Base sebelum foundation boleh membuatkan kulit anda terasa lebih lembut & smooth terutamanya apabila anda memakai foundation.

3. Make Up (Foundation) lebih sempurna
Penggunaan Make Up Base sebelum foundation menghasilkan make up yang lebih sempurna & smooth, kerana Make Up Base ini boleh memudarkan kedutan & cela. Ia juga menghasilkan base yang smooth untuk foundation.

4. Tidak menyumbat pori2
Kebanyakan Make Up Base adalah non-comedogenic iaitu tidak menyumbat pori2. Jadi ia tidak akan menyebabkan iritasi & tidak menyebabkan jerawat.

5. Anti – penuaan
Walaupun bukan semua, tetapi ada Make Up Base yang mempunyai ciri anti-penuaan (seperti Revival Rose Face Mist). Jika digunakan dalam jangka masa yang lama, kulit anda kekal awet muda iaitu kedutan yang kurang kelihatan & lebih bermaya!

6. Make Up (Foundation) tahan lebih lama
Antara sebab utama penggunaan Make Up Base adalah untuk membuatkan make up tahan lebih lama. Ini kerana, make up base mampu membuatkan kulit anda kurang berpeluh, jadi membolehkan make up tahan lebih lama. Ia juga bertindak sebagai pelindung dari debu & air yang boleh melunturkan make up anda.

7. Ringan
Kebanyakan Make Up Base ringan  – anda tidak akan merasa seperti memakai “mask”. Make Up Base biasanya dipakai dengan lapisan yang nipis sahaja.

8. Mudah dipakai
Kebanyakan Make Up Base – samada bentuk cecair atau mist – sangat mudah dipakai. Hanya 1 sapuan nipis sudah memadai.

9. Mengurangkan kesan cela/jerawat/jeragat
Ada sesetengah Make Up Base mampu menjadi concealer sebelum foundation (seperti Naturactor Make Up Base Green). Jika anda memakai ini dan guna foundation – perfect look!

10. Sesuai untuk semua jenis tone/kulit
Semua jenis tone/kulit boleh guna Make Up Base. Jadi, ianya sangat mudah – 1 jenis utk semua jenis kulit & tone!

Jadi, MEIKO Japan telah menghasilkan beberapa jenis Make Up base yang sesuai untuk kulit wanita Asia.

Antaranya:
1. Naturactor Make Up Base
2. Revival Rose Face Mist
3. Seruzad Moisture Veil

Secara ringkasnya, ketiga2 jenis Make Up Base itu mempunyai kelebihan seperti di bawah:

To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
Facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage

[FAQ] Naturactor, Octard & MCCT

Ramai bertanyakan kepada saya apa beza Naturactor, Octard & MCCT? Meiko foundation tu apa?
Di sini saya akan jelaskan secara terperinci perbezaan ketiga2 jenis foundation tersebut.

MEIKO FOUNDATION
Kebanyakan customer keliru bila sebut Meiko foundation. Meiko sebenarnya bukan nama produk – tetapi adalah nama SYARIKAT yang mengeluarkan produk kosmetik seperti Naturactor, Octard & MCCT. Diibaratkan seperti syarikat APPLE mengeluarkan produk seperti iphone, macbook & sebagainya. APPLE tu sendiri BUKAN nama produk, tetapi nama SYARIKAT yang mengeluarkan produk2 nya, sama seperti MEIKO. Meiko bukan nama produk, tetapi nama SYARIKAT yang mengeluarkan produk kosmetik.

Akan tetapi ramai customer sudah terbiasa menyebut “Meiko foundation”, atau “krim meiko” atau apa2 shj yang menggunakan nama MEIKO. Mengikut pemahaman ini, Meiko yang dirujuk sebagai  “Meiko foundation”, atau “krim meiko” adalah sebenarnya Naturactor Cover Face foundation.
 

NATURACTOR COVER FACE
Apabila kita menyebut Naturactor Cover Face, ianya adalah sejenis STICK foundation. Kelebihan Naturactor ialah ianya TIDAK BERMINYAK (berbanding foundation biasa), TAHAN LAMA (up to 8 jam!), RINGAN bila dipakai (seolah2 xmemakai apa2 foundation di muka) & COVERAGE YANG BAGUS (muka mmg sgt2 flawless!). Sesuai utk semua jenis kulit.

OCTARD COVER FOUNDATION
Apa pula bezanya dengan Octard Cover Foundation ni?
Octard juga adalah sejenis STICK foundation. Kelebihan Octard berbanding foundation yang lain adalah tekstur nya yang sangat lembab & mampu utk melembabkan kulit. Oleh itu Octard lebih sesuai dipakai oleh pemakai yang mempunyai kulit jenis kering. Dari segi coverage pula, tidak banyak beza dgn Naturactor Cover Face, sangat flawless bila dipakai. Ringan & juga tahan lama.

MC COVER & FACE TREATMENT (MCCT) 
MCCT lebih similar dengan Naturactor berbanding Octard. MCCT adalah versi terbaru bagi Naturactor Cover Face. Memandangkan ianya adalah versi terbaru, jadi coverage adalah terbaik, lebih baik dari Naturactor, lebih ringan, tahan lama & xberminyak. Sesuai utk semua jenis kulit.

Perbezaan Naturactor Cover Face, Octard Cover Foundation & MC Cover & Treatment
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
facebook: facebook.com/naturactorcollectionspage

100% ORIGINAL FROM MEIKO JAPAN
OR MONEY BACK GUARANTEE!!

[FAQ] Mana yang lebih bagus, Loose Powder atau Pressed Powder?

Saya selalu mendapat soalan dari customer, yang mana lebih sesuai digunakan selepas foundation samada Pressed Powder atau Loose Powder? Adakah Loose Powder sama dengan Pressed Powder? Jika tidak, apa perbezaan/kelebihan & kekurangan antara kedua2 jenis powder ini?

Sumber: Google

Jawapannya, dua2 nya sekali – Sama & tidak sama.

Loose Powder & Pressed Powder mempunyai fungsi asas yang sama iaitu utk menghasilkan tona yg sekata & menyerap minyak. 

Tetapi, bagi menjawab persoalan yang manakah lebih bagus, ia bergantung pada beberapa faktor.

Loose Powder

Naturactor Silky Lucent Powder

Kelebihan:
1. Jika anda memakai make up seharian, penggunaan Loose Powder adalah pilihan yang bijak. Ini kerana Loose Powder mampu “memegang” make up anda utk tahan lebih lama.
2. Loose Powder mempunyai tekstur yang lebih halus & refined, jadi ianya mampu menutup garis2 halus & kedutan pada muka dengan mudah berbanding pressed powder.
3. Memandangkan ianya menyerap minyak, Loose Powder lebih sesuai dipakai utk kulit berminyak/normal.
4. Bagi mendapatkan wajah yang sempurna (sheer look), Loose Powder boleh digunakan dengan Kabuki Brush. Jika anda mahu mendapatkan full coverage, Loose Powder boleh digunakan menggunakan Sponge Puff. Beri perhatian lebih kepada dahi, pipi & dagu.

Kekurangan:
1. Size nya yang besar menyebabkan sukar utk dibawa kemana2
2. Tidak sesuai digunakan jika anda mempunyai kulit yang sgt kering – ianya hanya akan menampakkan kulit anda lebih berkedut.

Pressed Powder

Naturactor Pressed Powder


Kelebihan:
1. Sesuai digunakan jika mempunyai dry/normal skin kerana pressed powder biasanya mempunyai kandungan jojoba oil/minyak bagi melembabkan kulit.
2. Ringan dan sesuai dibawa ke mana2 (on-the-go powder)
3. Sangat sesuai utk touch up make up dimana sahaja sepanjang hari.
4. Sangat sesuai jika anda mahukan rupa yang lebih natural.

Kekurangan:
1. Tidak sesuai bagi muka sgt berminyak kerana ianya akan kelihatan “cakey” & jika digunakan di kawasan garis2 halus seperti kawasan mata. Seeloknya elakkan pakai compact powder di kawasan mata.
2. Medium coverage

Kesimpulannya, adalah lebih baik jika anda mempunyai kedua2 jenis powder – Loose Powder for great look (leave at home) & Pressed Powder for touch up (on-the-go!)

MEIKO mempunyai beberapa range Pressed Powder & Loose Powder ;

Pressed Powder:
1. Naturactor Pressed Powder (RM41)
2. Octard Soft 2 Cake (RM52)
3. MC Face Powder (RM52 – Refill)

Naturactor Pressed Powder
Octard Soft 2 Cake
MC Face Powder

Loose Powder:
1. Naturactor Silky Lucent Powder (RM41)
2. Seruzad Finishing Powder (RM124)

Naturactor Silky Lucent Powder

Seruzad Finishing Powder

Sponge Collections:
1. Loose Powder Puff (RM18)
2. MC Face Powder span (RM14)

Loose Powder Puff
Span MC Face Powder
SEMUA PRODUK ADALAH 100% ORIGINAL DARI MEIKO JEPUN
ATAU JAMINAN WANG ANDA DIKEMBALIKAN!
To order: SMS/WHATSAPP 0133986129
Instagram: @elegancecosmetics
FB: facebook.com/naturactorcollectionspage

[FAQ] Adakah Naturactor Cover Face mengandungi Silikon?

Lambakan kosmetik terutamanya make up & foundation di pasaran pada masa kini mementingkan pengguna utk berwaspada dengan kandungan bahan kosmetik tersebut. Banyak kandungan yang berbahaya yang mungkin ada dalam satu2 produk kosmetik seperti Merkuri dan Hidrokuonin. Sesetengah pengguna juga cuba mengelakkan kandungan Silikon dalam produk kosmetik. Adakah Silikon benar-benar berbahaya?

Silikon

Apa itu Silikon dalam bidang kecantikan?
Silikon adalah bahan yg terhasil dari pasir (silika). Silikon boleh wujud dalam pelbagai bentuk menyebabkan ia digemari oleh pakar kecantikan. Sifatnya yg lembut di kulit, mempunyai keupayaan untuk melembutkan kulit dan juga berupaya untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka & membaiki kesan parut. [1]

Terdapat pelbagai bentuk silikon tetapi yang paling popular & kerap didapati adalah dalam bentuk cyclopentasiloxane, cyclohexasiloxane, dimethicone dan phenyl trimethicone. [1]


Adakah Silikon berbahaya?
Tidak. Terdapat 2 jenis silikon iaitu amorphous and crystalline Silica. Amorphous Silika adalah jenis Silikon yang digunakan dalam bidang kosmetik dan telah dibuktikan tidak berbahaya oleh FDA [2].

Naturactor Cover Face original Japan

Adakah Naturactor Cover Face mengandungi Silikon?
Walaupun Silikon secara umumnya tidak berbahaya kepada kesihatan, masih terdapat segelintir pengguna ragu2 dan skeptikal dengan penggunaan Silikon dalam produk kecantikan mereka. Naturactor Cover Face sejenis foundation yang dibuat di Jepun adalah BEBAS Silikon.

Email confirmation dari Meiko Jepun – TIADA Silikon dalam Meiko Foundation products

Translation:
Tiada kandungan Silikon dalam produk Meiko dan bukan dari jenis waterproof. Jika muka jenis berjerawat, seeloknya cuci muka dengan bersih  sebelum tidur & seeloknya guna Naturactor Essence Lotion sebelum menggunakan Naturactor Cover Face.

Ada yang mengatakan, hanya kosmetik yang mengandungi Silikon sahaja yang mampu membuatkan foundation itu seolah2 ‘kalis air’ & tahan sehingga berbelas2 jam. Memandangkan Naturactor Cover Face mempunyai sifat ‘kalis air’ & tahan lama, adakah ini membenarkan kenyataan tersebut?
Tidak. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Naturactor Cover Face TIDAK mengandungi Silikon. Naturactor Cover Face boleh bertindak seolah2 ‘kalis air’ & tahan lama kerana ia mengandungi Candellila Wax dan Carnauba Wax.

Candellila & Carnauba Wax adalah sejenis wax yang berasal dari tumbuhan (daun Candellila/Carnauba). [3] Ianya digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik untuk melindungi dan menjadikan foundation seolah2 kalis air, oleh itu foundation tahan lebih lama.


Jika Naturactor Cover Face mengandungi Candellila & Carnauba Wax, adakah ianya benar2 ‘kalis air’ atau waterproof foundation?
TIDAK. Walaupun Naturactor Cover Face mengandungi unsur wax, tetapi ianya berasal dari wax semulajadi (tumbuhan). Oleh itu peratusan wax nya adalah sangat rendah & diketahui bahan ini juga bukan jenis komedogenik (tidak menyumbat pori2). Oleh itu Naturactor Cover Face bukan jenis kalis air atau waterproof foundation dan tidak menyumbat pori2. [4]

Adakah Naturactor Cover Face boleh dibawa solat walaupun tidak mencucinya dengan bersih dengan make up remover?
YA. Naturactor Cover Face boleh terus dibawa solat kerana kandungannya tidak menyumbat pori2, bukan jenis waterproof & tidak mengandungi unsur yang tidak halal.


Adakah Naturactor Cover Face dari China juga selamat digunakan?
Saya tidak pasti kerana saya tidak pernah membuat kajian mengenai Naturactor Cover Face dari China.


Mengapa saya harus yakin dengan tahap keselamatan (kandungan/ramuan) Naturactor Cover Face dari Jepun?
Naturactor Cover Face original dari Jepun telah mendapat pengiktirafan dari Japan Association Board (JAB), pengiktirafan ISO9001, ISO14001 dari Organisation of International Standard Certification Co., Ltd (OISC), dan juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (berdaftar dengan Badan Farmasi Kebangsaan – BPFK). [5] Oleh itu, tiada keraguan lagi Naturactor Cover Face original dari Jepun adalah selamat untuk digunakan.

Naturactor Cover Face original Japan

Dapatkan Naturactor Cover Face original dari Meiko Japan sekarang!
100% ORIGINAL ATAU JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN ūüôā
SMS/WHATSAPP 0133986129
zunitaramli@gmail.com

Sumber rujukan:
[1] http://www.paulaschoice.com/cosmetic-ingredient-dictionary/definition/silicone
[2] http://beautifulwithbrains.com/2009/03/03/is-silica-in-cosmetics-dangerous/
[3] http://www.truthinaging.com/ingredients/euphorbia-cerifera-candelilla-wax
[4] http://www.ivillage.com/be-pimple-free-how-clean-unclog-your-pores/5-a-147353
[5] http://meikocosmetics.com.my/en